Assalamualaikum. Ni hao ma?
Farewell 2012. Hello 2013.
Alhamdulillah.Allah masih memberi peluang kepada aku untuk meneruskan kehidupan di dunia yang fana ini.Alhamdulillah.Ya.Post terakhir untuk tahun 2012.Kisah lama kita simpan.Yang baik kita bawa ke tahun hadapan.Yang caci kita jadikan iktibar dan perbetulkannya selagi kita masih mempunyai masa dan peluang.Banyak kenangan di tahun 2012 ini.Pahit ada.Manis ada.Tawar ada.Masin pun adalah.Kenangan yang terindah sekaligus sebagai hadiah yang pernah aku beri kepada ibu dan ayah aku.Aku mencapai 8A dalam PMR.Alhamdulillah.Kenangan yang terindah juga buat diri aku.Aku dapat kenalan baru di Kem SLAD.Aku kumpul banyak kenangan,cerita dan gelak tawa bersama rakan rakan aku.Ya.Tanpa mereka,aku tak akan dapat bertahan duduk di SUKSES.Dan tanpa mereka juga,aku tak akan kenal apa itu sahabat.Jyeah.Susah senang kami bersama.Konflik itu sudah semestinya ada.Namun begitu,kami berjaya harunginya.Ya.Entah macam mana kami boleh ngam.Entah macam mana kami jadi kawan yang gila gila happening.Sentiasa ada dalam keadaan susah senang.Kami bersaing untuk menjadi yang terbaik di antara kami.Dekat surau,dalam saf,kami sederet.Kekadang ada yang dekat saf depan,ada dekat saf tengah dan ada dekat saf belakang.Haha.Bila time rehat,aku ajak diorang makan dengan aku bekal yang mak aku bagi dekat dalam kelas aku.Jyeah.Kejap orang itu.Kejap orang ini.Lepas PMR,kitorang lebih kamceng.Cuma kitorang tak lengkap pada masa masa terakhir sekolah.Kerana salah seorang dari kami cuti awal.Itu tak apa.Yang penting hubungan kami tak renggang.Kan?Kan?Ya.Di antara kami,tak semua yang kami suka sama.Ada yang fanatik k-pop *macam aku* dan ada yang tak berapa suka dengan kpop.Tapi last last,masing masing mula nak suka kpop.Walaupun tak layan sangat.Kan?Hehe.Kenangan pahit aku.Banyak lah juga.Tapi biarlah aku simpan.Tak perlu dipersoalkan hal yang dah lama berlalu.
2013.Mula hidup baru sebagai seorang pelajar form four.Kimia,AddMath,Fizik dan segalanya yang baru.Insha Allah.Aku akan score subjek subjek tertentu.Dan juga.Insha Allah.Kalau aku tidak berubah fikiran lagi lepas ini,aku akan ambil aliran prinsip perakaunan.Insha Allah aku akan score subjek itu.Yes.Meskipun daddy aku tak bagi ambil aliran itu,aku tetap degil kan?Well,parents aku tak tahu lagi keputusan yang aku buat ini.Aku masih belum mahu mengungkapkannya.Daddy aku tak bagi ambil aliran itu sebab dari daddy sampai lah ke akak aku,semuanya akaun.So,ayah aku nak lain lah.That's why daddy aku minta ambil aliran lukisan sebab daddy aku tahu yang aku suka melukis ini.Tapi itu tak bermakna aku boleh score subjek itu.Kan?I am truly deeply sorry dad.Aku ni,bila buat ujian kerjaya,aku lebih kepada artistik.Buat banyak kali sekalipun,keputusannya tetap sama.Artistik.Ya.Pelik juga budak artistik ambil jurusan perakaunan.Haha.*bukan nak bangga*Jangan salah faham.Ok.Sampai sini sahaja.Esok,aku akan pulang ke asrama.So,bye bye laptop,handphone dan rumah.Nanti kita jumpa lagi ya.Oh,ya.Congratulation mom sebab naik pangkat.
Happy New Year! Welcome 2013,Farewell 2012. Semoga tahun 2013 membawa kejayaan,kebahagiaan kepada kita semua.Hwaiting! ~~
Assalamualaikum.Selamat malam.