Friday, December 21, 2012

Alhamdulillah. 8A milik aku.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulillah. 8A milik aku. Terima kasih,Ya Allah.Terima kasih semua.
19122012,Rabu. Alhamdulillah. Keputusan PMR diumumkan dan sekolah SUKSES telah melahirkan seramai 68 orang straight A. Lebih separuh daripada kami mendapat kejayaan dan kami merupakan batch yang terbaik PMR. Alhamdulillah. GPS kami pun lebih baik dari batch batch yang lain. Namun, dalam kegembiraan kami, ketangisan dan kesedihan juga terselit di lubuk setiap daripada kami. Alangkah bagus kalau kami semua sama sama berjaya memperoleh 8A. Namun, Allah yang menentukannya. Kan? Rezeki lain lain. Mungkin tak berjaya dalam PMR, namun pasti akan ada kejayaan menanti kita semua. Congratulation to all yang memperoleh straight A. Yang tak berapa nak berjaya, tak apa. Jangan putus asa. PMR ini hanya sementara sahaja. SPM nanti yang menentukan kita punya masa depan. Yes. Alhamdulillah. Meskipun time UPSR dulu aku tak dapat nak score 5A, tak bermakna aku tak dapat nak score 8A dalam PMR. Kan? Dan aku dah buktikannya. Aku berjaya. Akhirnya aku dapat juga memberi kejayaan kepada ibu dan ayah aku. Alhamdulillah. Pesan atok nenek. Jangan tinggalkan solat lima waktu. Berdoa kepada Allah. Jangan melawan cakap ibu bapa. Jangan melawan cakap orang lain. Dengar nasihat. Ya,nek. Saya akan ingat itu semua. Alhamdulillah. Berkat doa ibu bapa dan semuanya yang mendoakan, aku berjaya dalam peperiksaan PMR ini. Alhamdulillah. Alhamdulillah. 

Meskipun aku gembira dengan keputusan 8A aku tu, aku ada rasa kecewa juga. Kawan aku yang selalu bantu aku susah senang, hanya peroleh 6A2B dan 5A3B. Alhamdulillah. Aku bersyukur juga sebab kami masih kekal di SUKSES. Namun, lebih baik rasanya jika kami berjaya bersama-sama. Tak apalah kawan. Nanti SPM kita buat yang terbaik. Kita score sama sama. #semangat ni. Hai, EX. Walaupun awak hanya peroleh 7A, saya tetap akan mendoakan kejayaan awak. Tak apa. Ini permulaan kita. Bukan pengakhirannya. Rakan sekelas aku selama tiga tahun (3RK4), meskipun ada empat orang diantara kita yang tak berjaya peroleh 8A, jangan pernah putus asa. Kita perlu dan mesti sentiasa mendukung sesama kita. Ya. Mungkin tahun depan, kita berlainan kelas, berlainan aliran. Kita tetap 3rk4 yang sehati sejiwa. Kan? Terima kasih hadir dalam hidup aku selama tiga tahun. Aku tak akan lupakan kau orang semua. Dan. Rakan rakan sekolah rendah aku dulu, tahniah yang berjaya peroleh 8A. Yang tak berjaya, SPM masih ada. Jangan putus asa. Dan. Agaknya, bila nak buat reunion lagi? Hehe.

Also. To Iffah Karmila. Congratulation sebab berjaya peroleh 7A. Not bad,my friend. Kau buktikan yang kau boleh buat. Maaf sebab dulu kau kecewa dengan aku dan budak dorm yang lain. Maaf. Semoga kita dapat berjumpa lagi. Dan semoga SPM nanti kita sama sama berjaya. Seriously, sekarang tengah buntu nak pilih aliran apa untuk tahun depan. Prinsip Perakaunan? Lukisan Kejuruteraan? Bio? Oh,tak! Bio aku tolak awal awal. Bukan apa. Kalau aku pilih aliran itu, memang aku mengundang maut masa SPM nanti. Serious. Aku bukan budak sains. Uwahh. Tak tahu nak pilih yang mana. Ramai yang kata aku ini budak LK. Tapi aku nak ambil aliran PA cuma tak pasti boleh bawak ke tidak. Itu aje. Hmm. Tak tahulah. Ada tak aliran pastry? Haha. Kalau ada, aku nak aliran itu lah. -.-" *baling bantal. 

 Alhamdulillah. Terima kasih atas kejayaan ini. Aku akan berusah dengan gigih lagi lepas ini. Kini, aku percaya. Sekali gagal, tak bermakna selamanya kita gagal. Aku belajar itu. Terima kasih batch biru.Terima kasih cikgu cikgu semua. Terima kasih ibu ayah dan semua yang membantu

Aku masih mahu bertemu dengan Dongjun, Donghae dan Jonghyun. 






Arigatokozaimas.Sayonara.